Sebentar lepas pasukan bola sepak Jerman telah memenangi Piala Dunia tahun 1990, saya dilahirkan di bandar Cologne.

Walaubagaimana pun pada tahun kehidupan saya yang pertama itu, saya bersama ibubapa saya telah tinggal di Makassar, Indonesia. Kami tinggal bersama sekeluarga Indonesia di rumahnya supaya bapa saya dapat membuat penyelidikannya untuk menjadi profesor etnologi (ilmu budaya).

Pada tahun 1993 adik saya dilahirkan. Adik saya bernama Dario. Kedua-dua kami menghadiri preschool dan sekolah rendah Montessori yang sama di pekan Cologne.

Bapa saya sanggup menerima tawaran tempat kerja sebagai profesor di universiti Trier pada tahun 1999. Akhirnya kami turut berpindah ke Trier pada awal tahun 2001. Secara tetap kami berseronok semasa beberapa lawatan ke negara di seluruh dunia. Tambahan pula saya juga menyertai excursion-excursion universiti bapa saya ke Vietnam, India, Singapore, dan Malaysia. Khasnya orang Malaysia, mentalitinya dan negaranya memikat saya dengan serta merta. Jadi saya mendaftar untuk menyertai progrem pertukaran pelajar antarabangsa.

Dari awal tahun 2007 saya tinggal bersama keluarga Melayu saya di Shah Alam, Selangor selama dua-belas bulan. Semasa waktu itu saya mengalami berbagai-bagai pengembaraan yang sangat menarik.

Pada tahun 2008 kami telah berpindah balik ke Cologne, di mana saya tinggal di apartment bersendirian. Saya merasa selesa dan gembira di Cologne dan juga di sekolah baru saya. Sekarang saya melanjutkan pelajaran saya di universiti Leipzig. Saya sangat suka menyesuaikan diri dengan alam sekitar baru dan saya berseronok mengenal orang asing dan saya sanggup mencuba aktiviti baru.

Terima kasih daun keladi semoga kita berjumpa lagi!